Atas Nama Cinta


   

<< September 2016 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, May 16, 2008
16 Mei 2008

Pagi ni saya dengar berkenaan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama guru melalui radio baru saya sedar bahawa hari ini adalah hari guru.

Oleh yang demikian saya bercita2 untuk menulis ucapan terima kasih saya kepada bekas2 pendidik yang membimbing dan mengajar saya terutamanya yang pernah "terkesan" di hati sanubari saya sehingga kini.

Orang -orang tersebut seperti Cikgu Asimah, cikgu Roziana, Cikgu Matlob di sekolah rendah; Cikgu Jemari, Jamhari, Cikgu Aminah, Cikgu Radhiah, Pn Remi, Cik Sam, Mdm Leha di sekolah menegah; Cikgi Yati, Cikgu Noraini, Cikgu Fauziah, Mr Abdullah di Matriks Seremban dan Pn Marini, Pn Norleyza, Dr MatJan, dr Tengku, Dr Dollah dan lain-lain penysarah di U..

Bila sampai di ofis, amat tergezut dan tak sangkanya saya apabila menerima mesej, yang menyedarkan saya bahawa ada perkara yang lebih penting pada hari ini. Mesej sms nya berbunyi begini:

"Slmt menyambut genap 10 tahun dlm perkhidmatan. tahniah"

Huhuhu... cam tak caya...

Jadi di sini saya juga nak ucapkan terima kasih pada kengkawan, bos-bos dan anak-anak buah (tak lupa kepada pengguna-pengguna, vendor, rakan sekursus, rakan semeeting dan tak lupa kaunselor) yang berkaitan dengan perkhidmatan saya yang juga secara langsung dan tak langsung membina kerjaya saya. Tiada anda semua siapalah saya dalam perkhidmatan ini.

Sekian.

 

 


Posted at 06:24 pm by attynn
Make a comment  

Tuesday, February 05, 2008
Baby kecik

Diam tak diam yang kecik sorang tu nak masuk setahun dalam sebulan lagi.

Posted at 05:02 pm by attynn
Comments (2)  

Friday, December 28, 2007
Uda dan Angah buat persembahan

Adham Raif and Aisy Ridha presenting "power rangers" at the back, while others nyanyi lagu "five pillars" dan "chicken dance"

http://www.playworksplaygroup.blogspot.com/


Sila lihat.

Tahniah kepada semua pegawai kerajaan yang dapat naik pangkat.


Selamat tahun baru kepada semua. Suspennyeee nak sekolahkan bebudak nii..



Posted at 04:52 pm by attynn
Make a comment  

Friday, October 12, 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007

Maaf Zahir Batin

 

Hanya ada gambar ini yg diambil pada 2006..

(lihatlah arwah... manja pada waktu hidupnya)

gambar terkini raya 2007 bersama baby comel kami akan menyusul kemudian..

 

 

Berikut gambar2 aisy masa sukan.. dek kerana lambat updet punya pasal.. saya baru tunjuk..

 


Posted at 02:15 pm by attynn
Make a comment  

Wednesday, September 05, 2007
Rumah untuk diJual

Kajang 2 storey, 4room, 3bathroom.15 minutes to Putrajaya. Best location. Near amenities. Call 017-3322767 Mat


Posted at 09:35 am by attynn
Make a comment  

Friday, August 03, 2007
From Beijing With Love

SILK MARKET

PEOPLE GREAT HALL

 

 

GREAT WALL

 

MASKOT BEIJING 2008


Posted at 06:59 pm by attynn
Comments (2)  

Tuesday, June 26, 2007
Anak-anak ibu

Angah dah jadik abang paling besar

 

Uda the Explorer

 

Uteh... sikecil..


Posted at 06:52 pm by attynn
Make a comment  

Tuesday, June 19, 2007
Kisah anakku

si Aisy ada dyslexia?... betul ke Aisy dyslexic.. Cikgu sekolah dia mengaku dia bukan experties untuk cope dengan masalah Aisy...

 

Test dijalankan hari ini berdasarkan pengalaman melalui http://www.dyslexia.com/dyslexiatest.htm

result nya dah diprint... besok bila ada appointment lagi... bawak gi jumpa doktor..

 

 

 

 


Posted at 01:01 pm by attynn
Make a comment  

Tuesday, June 12, 2007
Wangian Syurga

Ah.. seronoknya detik itu… aku diberitakan bahawa kandunganku sudah mencecah 5 minggu. Ujian urin yang dibuat di kelinik menunjukkan tanda positif… tiada yang lebih seronok bagi seorang perempuan yang baru bergelar isteri dari mendengar berita yang dinantikan sebegini.

 

Hari demi hari berlalu. Alhamdulillah aku tabah menjalani detik ini. Kini aku mempunyai teman untuk berbual.. setiap detik, waktu gembira, waktu sedih, waktu kerisauan kian menerpa, bayi dalam kandunganku ini sentiasa setia mendengar luahan isi hatiku…ketika abah lambat pulang melayani tugasan dipejabat, bayi ini mengisi kekosongan jiwa.. kita tak pernah cuba untuk membiarkan prejudis bersarang di benak, kan bayi kan…. Kita selalu berfikir positif kerana abah memang menyayangi kita.. ibu sudah biasa menunggu abah, dimasjid.. di tempat tunggu bas.. di perhentian komuter untuk pulang ke rumah.. walau pun sejam dua namun dirimu tidak pernah mengecewakan ibu...

 

Suatu hari di petang nan gulita.. ketika ribut kian melanda.. guruh berdentum, petir menyambar.. tika aku begitu khusyuk membaca Almathurat dan Yasiin sambil menunggu abah di dalam masjid, ribut kian menggila, abah tak kunjung tiba.. selamatkah abah?.. bolehkah abah mengharungi kepayahan ini diatas motorsikalnya?..Ah... walau apa pun... kita teruskan Yasiin kita..  

 

Mata semakin berat menafikan antukku ini, badan rasa melayang... tiba-tiba

GEDEGUMMM!!!... Praaakkk!!.... apakah itu??... suara azan sayup-sayup berselang seli dengan guruh sabung- menyabung..asar sudah lama berlalu.. maghrib belum pula menjelma.. habis.. kalau bukan itu...kenapa pula?...

 

.

.

.

.

.

Abah sampai ketika hujan kian reda.. kita tunggu abah habiskan solatnya....

 

 

Dalam perjalanan pulang, abah menyatakan Datuk Ujang Bagong tercedera akibat jatuhnya kubah masjid itu tadi.. ya... memang ribut tadi amat lain dari yang lain...tadi pun aku mendengar bunyi hujan didalam masjid.. apa?.. hujan didalam masjid?... masjid bocor dan kakitangan masjid terpaksa bekerja keras membersihkan air yang bertakung di atas lapangan solat...

 

 

 

Malam..

 

Berjumpa dengan Dr Md Jamil... waktu mengetahui keadaan dirimu untuk kesekian kali... ini minggu ke 39.. dan dirimu memang sentiasa aktif dalam rahim ibu ini...

 

"ok.. boleh masuk ward".. apa?... abah bertanya untuk mendapatkan kepastian... betul ke?.. macam tak caya…

 

….

 

 

 

4.45 pagi. 13 Jun 2001.. saat-saat yang ditunggu telah tiba… dirimu menjelma dalam hidup kami… kelahiran mu amat menceriakan dan memberi sinar yang cerah…putihnya kulitmu… halusnya tanganmu.. dan suaramu menggamit rasa… dirimu amat sempurna… alangkan indahnya detik itu….

 

 

Kini 6 tahun sudah berlalu…. sudah 6 tahun menjadi ibu …..  Alhamdulillah aku bersyukur....

 

 

tapi dirimu telah tiada... namun kami tidak pernah menyesal.. Raihan namamu.. bersesuaian dengan namanya... moga dirimu Bahagia di sana..Wangian Syurga… dan syurga dihati ibu….

 


Posted at 05:59 pm by attynn
Make a comment  

Friday, May 04, 2007
Mana ada Duit

Kisah satu

Suatu hari di dalam sebuah kereta Iswara, perjalanan ke suatu destinasi, si anak ternampak sebuah restoran makanan segera kegemarannya.

Anak : Abah nak KFC, nak mainan pusing-pusing abah.

Abah : Abah mana ada duit

Anak : ada lah!.. ni?..

Si anak terus membuka ruang syiling kereta tersebut yg biasa abahnya membuat pembayaran tol, dan mengambil serta menunjukkan beberapa keping syiling yang muat ditanggung tapak tangannya yang kecil itu.

Ibu : duit tu mana cukup along.. tu sikit... nak banyak lagi la...

Si anak terus terdiam, menyaksikan kereta yang lalu lalang di kiri dan kanan kereta abahnya.

 

Kisah dua

Di dalam rumah setelah kembali dari sebuah pasar malam.

Anak : abah, nak "thomas train" abah

Abah terdiam sebentar dan sesaat dua saat berlalu..

Abah : duit tak ada lagi along..

Si anak terus menaiki tangga berlari ke tingkat atas dan turun kembali setelah beberapa minit kemudian.

Anak : ni ada ni.. dah banyak ni abah..

Si anak menunjukkan tabung botol susunya yang hampir penuh dengan syiling yang dikumpulnya (dan abahnya) semenjak dia berumur setahun lagi.

Ibu dan abah terdiam seketika dan tersenyum..

Ibu : Duit tu tak boleh pakai lagi along. Kita nak kumpul banyak banyak lagi sampai besar. Nanti kalau along dah besar nak sekolah (masuk universiti) macamana? Abis along ambik je duit dalam ni nanti abis la..

Si anak terus naik untuk menonton tv rancangan kegemarannya.. sebagaimana aktiviti sehariannya...

 

Kini, tabung itu masih tersimpan....dan masih berisi syiling yang banyak....

 

 

 

 


Posted at 10:11 am by attynn
Make a comment  

Next Page