<< May 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, May 04, 2007
Mana ada Duit

Kisah satu

Suatu hari di dalam sebuah kereta Iswara, perjalanan ke suatu destinasi, si anak ternampak sebuah restoran makanan segera kegemarannya.

Anak : Abah nak KFC, nak mainan pusing-pusing abah.

Abah : Abah mana ada duit

Anak : ada lah!.. ni?..

Si anak terus membuka ruang syiling kereta tersebut yg biasa abahnya membuat pembayaran tol, dan mengambil serta menunjukkan beberapa keping syiling yang muat ditanggung tapak tangannya yang kecil itu.

Ibu : duit tu mana cukup along.. tu sikit... nak banyak lagi la...

Si anak terus terdiam, menyaksikan kereta yang lalu lalang di kiri dan kanan kereta abahnya.

 

Kisah dua

Di dalam rumah setelah kembali dari sebuah pasar malam.

Anak : abah, nak "thomas train" abah

Abah terdiam sebentar dan sesaat dua saat berlalu..

Abah : duit tak ada lagi along..

Si anak terus menaiki tangga berlari ke tingkat atas dan turun kembali setelah beberapa minit kemudian.

Anak : ni ada ni.. dah banyak ni abah..

Si anak menunjukkan tabung botol susunya yang hampir penuh dengan syiling yang dikumpulnya (dan abahnya) semenjak dia berumur setahun lagi.

Ibu dan abah terdiam seketika dan tersenyum..

Ibu : Duit tu tak boleh pakai lagi along. Kita nak kumpul banyak banyak lagi sampai besar. Nanti kalau along dah besar nak sekolah (masuk universiti) macamana? Abis along ambik je duit dalam ni nanti abis la..

Si anak terus naik untuk menonton tv rancangan kegemarannya.. sebagaimana aktiviti sehariannya...

 

Kini, tabung itu masih tersimpan....dan masih berisi syiling yang banyak....

 

 

 

 


Posted at 10:11 am by attynn

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry