|

|
Ku tatap gambar wajahmu Sinar mata itu Lirik senyumanmu Pesona yang membelai Wajahmu bercahaya Memberi bahagia Tiap yang memandang Hati jadi salju Kau terlalu istimewa Kasih dan sayangmu terpancar Seikhlas Tiada batasan terus membara Terkilan rasa jiwa Inginku lihatmu dewasa Apa daya Tuhan lebih menyayangimu Ku pasti kau berbahagia Duduk di sampingNya Mendengar cerita Segala rahsia Tak tertanggung rindu Mendengar suaramu Tawa mengusik jiwa* |
Assalamualaikum,
kepada :
kawan SPA, kawan MITI, kawan Imigresen, Rakan KLN, kawan "F-gomen", xftsm9596,
xUKM, xFSM, x housemate, rakan PNB, rakan MUTB, jiran tetangga, sedara dekat/jauh, vendor,
pengasuh dan x pengasuh, teachers Laman Cerdik dan semua yang terlibat.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan dari semua
pihak, sama ada yang mengucapkan takziah, melawat arwah ketika sakit,
menziarahi arwah semasa disempurnakan, disemadikan, memberi sumbangan,
membaca tahlil seterusnya mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga agar
dapat bersabar dan meneruskan kehidupan dengan tabah. Tidak kira sama
ada yang berkesempatan atau tidak melawat dia ketika sakit dan
disempurnakan. jutaan terima kasih kepada yang telah menderma darah ,
tidak lupa kepada berniat untuk menderma darah tetapi tidak
berpeluang. Juga kepada yang menghantar sms , email dan menyampaikan salam.
Sesungguhnya sokongan dan kata-kata semangat banyak memberi kekuatan
kepada kami dalam menghadapi situasi yang amat mencabar jiwa dan dugaan
Yg Maha Esa. InsyaAllah kami redha dengan pemergiannya dan berharap
dapat menjalani kehidupan seterusnya sebagai hamba Allah yang masih
hidup di dunia.
Sekali lagi Terima Kasih.
dari-
kami sekeluarga
ps: sampaikan salam kami kepada mereka yang mungkin tidak dapat membaca ucapan ini.
kenangan bersama
Muhammad Afiq Raihan
13/06/2001 - 18/01/2007
Acute Pulmonary Edema post Dengue shock Syndrome
SJMC





*"Terlalu Istimewa" (Adibah Nor)
Lagu : Azlan abu Hassan
Lirik : Adibah Nor