|
Kisah satu Suatu hari di dalam sebuah kereta Iswara, perjalanan ke suatu destinasi, si anak ternampak sebuah restoran makanan segera kegemarannya. Anak : Abah nak KFC, nak mainan pusing-pusing abah. Abah : Abah mana ada duit Anak : ada lah!.. ni?.. Si anak terus membuka ruang syiling kereta tersebut yg biasa abahnya membuat pembayaran tol, dan mengambil serta menunjukkan beberapa keping syiling yang muat ditanggung tapak tangannya yang kecil itu. Ibu : duit tu mana cukup along.. tu sikit... nak banyak lagi la... Si anak terus terdiam, menyaksikan kereta yang lalu lalang di kiri dan kanan kereta abahnya.
Kisah dua Di dalam rumah setelah kembali dari sebuah pasar malam. Anak : abah, nak "thomas train" abah Abah terdiam sebentar dan sesaat dua saat berlalu.. Abah : duit tak ada lagi along.. Si anak terus menaiki tangga berlari ke tingkat atas dan turun kembali setelah beberapa minit kemudian. Anak : ni ada ni.. dah banyak ni abah.. Si anak menunjukkan tabung botol susunya yang hampir penuh dengan syiling yang dikumpulnya (dan abahnya) semenjak dia berumur setahun lagi. Ibu dan abah terdiam seketika dan tersenyum.. Ibu : Duit tu tak boleh pakai lagi along. Kita nak kumpul banyak banyak lagi sampai besar. Nanti kalau along dah besar nak sekolah (masuk universiti) macamana? Abis along ambik je duit dalam ni nanti abis la.. Si anak terus naik untuk menonton tv rancangan kegemarannya.. sebagaimana aktiviti sehariannya...
Kini, tabung itu masih tersimpan....dan masih berisi syiling yang banyak....
|
| Leave a Comment: |